Penglibatan dalam Akademi Fantasia Nur Farhan binti Azizan

Farhan diterima masuk untuk Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelud bagi kelayakan tersebut.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju ke peringkat akhir untuk musim kali ini bersama Faizal, Haziq, dan Velvet serta Lotter yang diserap masuk pada minggu ke-9. Pada 5 Ogos 2006, beliau memenangi tempat ketiga dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia.

Di dalam akademi, Farhan dianggap sebagai kakak oleh pelajar-pelajar lain terutamanya pelajar yang muda seperti Salima, Zila, Haziq dan Amirul. Ini disebabkan beliau adalah pelajar perempuan yang paling tua dan sebagai seorang anak sulung, perkara tersebut tidak menjadi asing lagi. Walaupun beliau mempunyai vokal yang mantap dan disegani, beliau sering dikatakan bermasalah dari segi penyampaian emosi. Ramai yang berpendapat beliau enggan menunjukkan semua emosinya kerana bimbang orang akan dapat membaca rahsianya.

Lagu-lagu di Akademi Fantasia

Berikut adalah lagu-lagu yang didendangkan oleh Farhan sewaktu berada di Akademi Fantasia, serta dinyanyikan beliau ketika konsert prelud dan konsert mingguan AF yang seterusnya:

  • Konsert Prelud : Route 66 - nyanyian asal oleh Natalie Cole
  • Konsert Pertama : Hujan Di Tengah Hari - nyanyian asal oleh P.Ramlee
  • Konsert Kedua : Sayang Disayang - nyanyian asal oleh Kartina Dahari
  • Konsert Ketiga : Still Got The Blues - nyanyian asal oleh Gary Moore
  • Konsert Keempat : Tak Ingin Lagi - nyanyian asal oleh Misha Omar
  • Konsert Kelima : Biarlah Rahsia - nyanyian asal oleh Siti Nurhaliza
  • Konsert Keenam : Kopi Dangdut - nyanyian asal oleh Fahmi Shahab
  • Konsert Ketujuh : Meniti Titian Usang - nyanyian asal oleh Kumpulan Search
  • Konsert Kelapan : Emosi - nyanyian asal oleh Sheila Majid
  • Konsert Akhir : Spain - nyanyian asal oleh Al-Jerraeu
  • Konsert Akhir : Aku Sahaja yang Tahu - ciptaan oleh Ajai dan lirik oleh Ajai/Fauziah Nawi
  • Konsert Reunion : Mas Que Nada - nyanyian asal oleh Sergio Mendez